CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 10, 2009

Berita dari Surat Khabar. (Media Permata)

Majlis pengibaran bendera Mukim Berakas B

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Suasana ketika majlis penaikan bendera di Mukim Berakas B. - Amie PDH Ishak

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Penghulu Mukim Berakas, Awang Haji Ismail Haji Apong hari ini menghadiri majlis pengibaran bendera bagi Mukim Berakas B di Dewan kemasyarakatan RPN Lambak kanan.

Majlis itu diadakan sempena dengan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-25 tahun 2009.

Majlis penaikan bendera hari ini disempurnakan anggota pasukan pakaian seragam Sekolah Menengah Berakas yang menerima bendera daripada Ketua Kampung Kawasan 4 Lambak kanan Awang Haji Jumat Haji Nasir.

Di majlis itu menyaksikan Kumpulan Koir Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali menyanyikan Lagu Patriotik selepas mendendangkan lagu "Allah Peliharakan Sultan" di hadapan jemputan dan para hadirin yang antaranya adalah Jawatankuasa Perundingan Kampung dan Mukim serta penduduk kampung yang terlibat.



0 comments: